APA ITU FROG VLE (Virtual Learning Environment) @

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA ????

1BESTARINET

Melalui projek 1BestariNet, FrogAsia memperkenalkan masa depan pendidikan kepada golongan pelajar, guru dan ibu bapa di Malaysia. Dengan menggabungkan akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi yang terbaik dalam kelasnya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menyatukan seluruh komuniti pendidikan ke dalam satu platform yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.

MENTRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI INTERNET

FrogAsia, sebuah syarikat YTL, adalah syarikat pertama di dunia yang menyambungkan seluruh negara dalam satu platform pembelajaran tunggal yang berasaskan awan. Selain berkaitan teknologi, kami juga menyediakan penyelesaian yang tertumpu kepada usaha memanfaatkan internet bagi mengubah dunia pendidikan dalam kaedah yang bermakna. Persekitaran pembelajaran maya kami, Frog adalah mudah, menyeronokkan dan menarik – hal ini menjadi sebab mengapa seluruh dunia memilih Frog sebagai platform pilihan mereka.
FrogAsia memanfaatkan kepakaran dan rekod 13 tahun FrogTrade (UK) dalam mengintegrasi teknologi ke dalam sekolah, di samping bekerjasama erat dengan golongan pendidik dan organisasi-organisasi pendidikan tempatan bagi menyediakan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia.

Apakah itu Frog VLE?

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

P/S : Kepada warga SMK Tunku Besar Tampin yang masih belum mengaktifkan akaun Frog VLE, sila klik pada pautan "activate account" di sebelah.

Tiada ulasan: